|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| You are here: home >> about us | Change:Malay | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
About UsKami, di Erin Publishing House, bersemangat dan berdedikasi untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan penggunaannya. Matlamat kami ialah untuk membantu para pelajar membina dan mempertingkatkan keupayaan dan keyakinan mereka terhadap penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu dengan sempurna. Sejajar dengan matlamat tersebut, kami, di Erin Publishing House memastikan bahawa buku-buku terbitan syarikat kami disusun dan dihasilkan dengan merangkumi pelbagai tema, genre dan tahap kemahiran yang berbeza-beza supaya dapat menarik minat serta mencabar minda para pelajar. Melalui pendekatan ini, harapan kami agar para pelajar berupaya mempertingkatkan dan memperkayakan kosa kata, menguasai penggunaan tatabahasa dalam pembelajaran dan penuturan Bahasa Melayu mereka. Erin Publishing House akan terus berusaha secara gigih dan konsisten untuk mengembangkan dan memperluaskan lagi penerbitan buku-buku Bahasa Melayu bagi para pelajar dari peringkat pra sekolah sehinggalah ke peringkat pos menengah. Kami alu-laukan sokongan padu anda semua terhadap produk-produk terbitan dan edaran Erin Publishing House.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| top of page I home page I privacy policy I terms and conditions Registered Number: 53146403B ® Registered Address: Singapore © Copyright erin publishing house 2009 |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


